Wednesday, May 2, 2012

BUAH GAJUS




Biasa ke makan buah gajus? Tak biasa? rugilah kerana buah nie memang banyak khasiatnya.Mari kita siasat tentang pokok dan buahnya.

  • Pokok gajus merupakan pokok kayu keras berketinggian 10 - 13 meter.
  • Berasal dari timur Brazil,tetapi sudah banyak ditanam dan tumbuh di kawasan beriklim tropika
  • Unik kerana bijinya diluar serta berbentuk ginjal atau buah pinggang.
  • Buahnya berkulit keras,namun bila sudah matang berwarna kuning dan kemerahan serta berbau wangi.
  • Nama saintifiknya ialah Anacardium Occidentale atau Cashew di dalam bahasa Inggeris.
  • India dan Vietnam merupakan pengeluar terbesar biji gajus serta bahan hasil proses,manakala USA merupakan pengguna terbesar di dunia.
  • Gajus digunakan secara meluas di dalam perubatan tradisional.
  • Di malaysia daun gajus dijadikan ulam
  • Daun gajus digunakan secara tradisional untuk erawat sakit gigi,kulit terbakar,cirit birit,sakit perut,kencing manis dan membersihkan mata.
  • Bunga gajus digunakan untuk merawat batuk.
  • Buahnya boleh dibuat jus dan diminum untuk merawat sakit kerongkong,penyakit kulit,p menghalang pelawas,melegakan muntah dan menghalang keguguran rambut.
  • Air rebusan batang gajus dikatakan boleh merawat sakit gigi,sakit gusi,malaria,cirit-birit,sakit kerongkong dan ulser mulut
  • Kajian saintifik telah membuktikan daun gajus mempunyai kesan antioksidan,baik untuk melawan agen kanser
  • Buahnya secara saintifik mampu bertindak sebagai agen antikulat dan anti bakteria.
  • Namun kesan saintifik yang terbukti ialah daunnya yang mampu bertindak mengubati kencing manis atau diabetes
  • Buahnya juga secara saintifik bertindak sbagai antiinflamatori di dalam mengubati pelbagai kesan penyakit kulit terutamanya kulit terbakar atau pecah.
  • Bijinya dikeringkan dijadikan snek serta minyak yang digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat.

Wednesday, April 18, 2012

SEJARAH PAHANG


Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.


“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”

“Hamba pula cadangkan Margapura.”

“Karma Sari lebih molek.”

“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”


“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah…….

Wednesday, April 11, 2012

kisah benar


Setiap kali musim haji, hati menjadi sayu. Usia hampir separuh abad, tetapi saya belum berkesempatan untuk menunaikannya. Namun tidak putus asa, saya bersama-sama lain umat Islam yang senasib akan terus berusaha, berazam dan berdoa. Berdikit-dikit dalam berbelanja, menyimpan tenaga, membina kesihatan, menyuburkan cinta, memperhaluskan adab dan akhlak sebagai bekal ke sana suatu hari nanti. Pasti. Insya-Allah.


Semoga saat kematian datang setelah kita sempat menunaikan Haji atau mati semasa kita sedang berusaha untuk menunaikannya di sana. Saya yakin, cinta Allah itu bukan hanya di akhir tujuan, tetapi sudah ada ketika kita melangkah memulakan perjalanan…


Kesempatan menunaikan umrah beberapa tahun yang lalu, saya anggap persediaan jiwa dan ilmu untuk menunaikan haji pada suatu hari nanti. Dengan sedikit pengalaman dan ilmu yang dikutip daripada orang-orang yang lebih arif serta pembacaan buku-buku yang baik, telah saya nukilkan beberapa kisah sebagai iktibar dari Makkah dan Madinah. Samada melalui artikel-artikel dalam majalah atau buku-buku yang pernah diterbitkan.


Bimbang, tujuan ibadah dipinggirkan. Risau alat dijadikan matlamat. Saya cuba melihati Haji dan Umrah pada sisi yang kekadang terlupa oleh segelintir saudara seIslam kita. Itu umpama selumbar yang menusuk di jari, atau pasir yang hinggap di mata… al hasil ibadah haji dan umrah menjadi kosong makna, kontang isi dan tidak berkesan untuk membina peribadi. Jangankan kesatuan peringkat ummah, kesatuan di peringkat ’rumah’ pun masih terkial-kial. Menurut kajian terbaru  Jakim, penceraian dalam rumah tangga umat Islam di Malaysia makin parah!


Padahal tujuan rukun Islam yang didasari oleh rukun Iman itu adalah untuk membuahkan ihsan. Ihsan itu adalah ’kesempurnaan akhlak’ –  tujuan Rasulullah saw diutuskan untuk manusia. Akhlak dengan Allah dan akhlak sesama manusia adalah buah pohon Islam yang berasal dari benih rukun Iman. Maka ibadah Haji begitulah – stesyen terakhir atau kemuncak ibadah yang sepatutnya mendekatkan kita kepada ‘out put’ akhir dalam beragama yakni akhlak.


Sayang, hasil ibadah umat Islam (khususnya Haji) masih terlalu rendah. Ibadah ritual ini masih jauh membina spiritual ummah. Masih terserlah ’kecintaan’ terhadap diri walaupun dalam langkah-langkah suci menuju Ilahi. Sedangkan akrab dengan Allah itu dicapai dengan intim sesama manusia.


Keredhaan Tuhan itu adalah di telapak tangan simiskin yang meminta, di perut sifakir yang kelaparan dan kehausan, di kantong siyatim yang tertinggal pendidikan dan pelajaran, di gubuk sijanda yang susah dihimpit kesusahan ataupun di saku pelajar yang kehabisan dana untuk menyambung pelajarannya. Sinisnya, ramai sihaji dan  sihajah masih tega mengerjakan haji berkali-kali!    


Lalu, di celah kekeliruan sendiri dan kecelaruan sesetengah anggota masyarakat ini… saya nukilkan kisah-kisah dari Tanah Suci ini. Bukan kisah misteri, ajaib atau karamah yang kerap menjadi bacaan popular tetapi hanya kisah-kisah biasa yang cuba diberi nilai didikan dan peringatan. Semoga hasrat itu tercapai. Lalu nikmatilah kisah-kisah dari Tanah Suci ini…

KISAH-KISAH DI TANAH SUCI


1) Mana integriti dan mana maruah?

Tanpa mempedulikan ocehannya saya terus menambah, ” aku ingin melihat ahli-ahli politik yang berulang-alik mengerjakan haji dan umrah bersikap jujur, telus dan integriti dalam ’politiking’nya.”

”Jangan mengharap terlalu tinggi,” ujar teman saya seakan memujuk.

”Itulah kaitan antara Tanah Suci dan ’Tanah Realiti’ yang kita huni sehari-hari. Haji itu kan ertinya menuju Allah? Jika benar Allah yang kita tuju di sana, maka itulah yang kita bawa kembali ke sini.”



”Itulah yang terbaik, tapi bukan senang…”

”Hakikat ihram itu bukan pada pakaian yang dipakai dalam jangka masa haji dan umrah sahaja, tetapi pakaian dalam seluruh kehidupan. Pakaian takwa, yang haram kita tinggalkan…”



Kebimbangan melihat ibadah haji dan umrah menjadi satu ’escapisme’ di kalangan umat Islam ada asasnya. Rasulullah SAW sendiri pernah mengingatkan bagaimana di akhir zaman, orang kaya, orang miskin, orang ternama melaksanakan ibadah itu bukan kerana Allah. Ulama tradisional seperti Imam Ghazali dan ulama kontemporari seperti Dr. Yusuf Al Qardhawi juga pernah mengingatkan dengan nada yang sama. Tujuan haji adalah untuk merubah diri. Yang lalai jadi ingat, yang fasik jadi taat. Tetapi kini seolah-olah haji dan umrah jadi ’mahar’ untuk meneruskan kefasiqan dalam gelar kesucian.



”Kau lihat sendiri, betapa ramai insan-insan insaf di Tanah Suci kembali lupa bila kembali ke tanah realiti… Malah komen-komen mereka seolah-olah bagai tak ada rasa bersalah langsung.”

”Mana kau tahu, mereka tu tak ada rasa bersalah?”

”Maaf, memang aku tak tahu. Sebab tu aku kata seolah-olah…”



Dalam hati saya terbayang bagaimana ada artis yang berazam untuk terus ’bergelek’ selepas umrah dan seribu satu macam lagi pengakuan yang ’aneh-aneh’ sama anehnya sewaktu mereka menceritakan pengalaman-pengalaman luar biasa ketika di Tanah Haram.

Saya teringat kuliah tarbiah tentang hakikat haji yang saya catatkan 3 tahun yang lalu. Betapa adanya manusia yang menjadikan amal kebajikan sebagai satu cara menghilangkan rasa berdosa. Rasa berdosa ketika menipu dan rasuah dalam perniagaan, cuba dihapuskan dengan bersedekah kepada fakir miskin. Rasa berdosa ketika bergaul bebas dan mendedahkan aurat dalam membina kerjaya cuba dilupakan dengan umrah dan hibah (sedekah). Rasa bersalah ketika mengamalkan politik wang cuba dilindungi dengan membina wakaf dan berderma.

Itu semua bukan perbuatan baik yang cuba memadamkan dosa untuk bertaubat tetapi perbuatan baik untuk menghilangkan rasa berdosa supaya dapat terus melakukan dosa dengan hati yang lega. Atau ‘topeng’ yang dipakai untuk memberi wajah baik pada imej muslim yang sering dicalarkan dengan sengaja. Ya, betapa banyak haji dan hajah yang meneruskan cara hidup yang tidak Islamik tanpa rasa segan silu lagi kerana mereka pun pernah ke Makkah. Rukun Islam mereka telah lengkap!

”Taubat, itu menyesal. Terus-terusan merasa berdosa. Rasa berdosa itu kemudian menggerakkan individu tersebut menempuh syarat-syarat taubat berikutnya. Yakni berhenti melakukan dosa, berazam tidak mengulanginya lagi dan bagi dosa sesama manusia wajib melunaskan semua kira-bicara soal harta, maruah, agama dan lain-lain.”

Masih terngiang-ngiang pesanan guru agama itu.

”Tetapi rasa berdosa yang cuba dihapuskan tidak begitu. Ia tidak menimbulkan penyesalan, bahkan ia umpama ’lesen’ yang memberi rasa aman, rasa seronok untuk meneruskan dosa. Seorang akan rasa bersih dalam kotor dosa yang menipu-daya.”

”Eh, kenapa kau diam saja? Apa buktinya mereka tidak ada rasa berdosa?” tempelak teman saya.

Ah, bagaimana ingin saya jelaskan tentang nasib ’orang lain’ ketika jiwa sendiri hakikatnya masih terpenjara di Tanah Realiti untuk terbang ke Tanah Suci. Teringat kata-kata hukama, ”seseorang sudah dikira berdosa apabila dia merasa tidak berdosa!”.

Saturday, February 18, 2012

balik asrama

hri ni aq blik asrama laaaa......x best la cuti skejap sngat cube la kasi seminggu bru best......
tpi klau cuti lame sanggat bosan la plak kan.......hohohohohoho nak buat cmne hidup asrama
kena la trima hakikat........

Friday, February 17, 2012

X DER KERJE

jika kau pergi dri ku.......
aq ttp menunggu mu.......
jika aq prgi dri mu......
adakah kau akn menunggu ku......
???????????
JIWANG SIOT......

Wednesday, February 8, 2012