Biasa ke makan buah gajus? Tak biasa? rugilah kerana buah nie
memang banyak khasiatnya.Mari kita siasat tentang pokok dan buahnya.
- Pokok gajus merupakan pokok kayu keras berketinggian 10
- 13 meter.
- Berasal dari timur Brazil,tetapi sudah banyak ditanam
dan tumbuh di kawasan beriklim tropika
- Unik kerana bijinya diluar serta berbentuk ginjal atau
buah pinggang.
- Buahnya berkulit keras,namun bila sudah matang berwarna
kuning dan kemerahan serta berbau wangi.
- Nama saintifiknya ialah Anacardium Occidentale atau
Cashew di dalam bahasa Inggeris.
- India dan Vietnam merupakan pengeluar terbesar biji
gajus serta bahan hasil proses,manakala USA merupakan pengguna terbesar di
dunia.
- Gajus digunakan secara meluas di dalam perubatan
tradisional.
- Di malaysia daun gajus dijadikan ulam
- Daun gajus digunakan secara tradisional untuk erawat
sakit gigi,kulit terbakar,cirit birit,sakit perut,kencing manis dan
membersihkan mata.
- Bunga gajus digunakan untuk merawat batuk.
- Buahnya boleh dibuat jus dan diminum untuk merawat
sakit kerongkong,penyakit kulit,p menghalang pelawas,melegakan muntah dan
menghalang keguguran rambut.
- Air rebusan batang gajus dikatakan boleh merawat sakit
gigi,sakit gusi,malaria,cirit-birit,sakit kerongkong dan ulser mulut
- Kajian saintifik telah membuktikan daun gajus mempunyai
kesan antioksidan,baik untuk melawan agen kanser
- Buahnya secara saintifik mampu bertindak sebagai agen
antikulat dan anti bakteria.
- Namun kesan saintifik yang terbukti ialah daunnya yang
mampu bertindak mengubati kencing manis atau diabetes
- Buahnya juga secara saintifik bertindak sbagai
antiinflamatori di dalam mengubati pelbagai kesan penyakit kulit
terutamanya kulit terbakar atau pecah.
- Bijinya dikeringkan dijadikan snek serta minyak yang
digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment